Tidak layak ada dua kiblat dalam satu kawasan

TEKS BAHASA ARAB

لا تصلح قبلتان في أرض واحدة وليس على المسلمين جزية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak layak ada dua kiblat dalam satu kawasan dan tiada cukai yang dikenakan ke atas kaum muslimin.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1003, hadis nombor 5170. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: لا تصلح قبلتان في أرض واحدة وليس على المسلمين جزية. [د، ت، حم، الطحاوي في المشكل، الضعيفة (4379)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak layak ada dua kiblat dalam satu kawasan dan tiada cukai yang dikenakan ke atas kaum muslimin. [Riwayat Sunan Abi Daud, Jami’ Tirmizi, Musnad Ahmad, dan al-Tahawi dalam al-Musykil. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4379].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs