Tidak harus menjadikan ulama sebagai saksi

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا تجوز شهادة العلماء بعضهم على بعض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidak harus menjadikan ulama sebagai saksi kepada ulama yang lain.

STATUS

Tidak Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 289, hadis nombor 61. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

إسناده: لا يصح. وله ألفاظ لا يصح منها شيء.

Sanadnya tidak sahih, baginya ada lafaz tidak sahih darinya sedikitpun.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.