Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tidak halal memakan daging kuda, baghal dan keldai

Teks Bahasa Arab

لا يَحِلُّ أكلُ لحومِ الخيلِ والبِغالِ والحَمِيرِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak halal memakan daging kuda, baghal dan keldai.

Sahabat Perawi

  1. Khalid bin al-Walid RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 392, hadis no. 2090. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن خالد بن الوليد - رضي الله عنه - أنه سمع رسول الله ﷺ يقول: «لا يحل أكل لحوم الخيل والبغال والحمير». [د، ن، هـ، حم، هق، عق، الطحاوي، طب، الواحدي في «الوسيط»، «الضعيفة» (1149)].

(Munkar) Daripada Khalid bin al-Walid RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak halal memakan daging kuda, baghal dan keldai". [Riwayat Abu Daud, al-Nasa’i, Ibn Majah dalam Sunan mereka, Ahmad dalam Musnadnya, al-Bayhaqi dalam Sunannya, al-‘Uqayli dalam al-Du’afa’, al-Tahawi dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1149].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.