Tidak halal bagi sesiapa untuk berjunub dalam masjid ini kecuali aku dan engkau

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنه صلى الله عليه وآله وسلم قال لعلي: لا يحل لأحد أن يجنب في هذا المسجد غيري وغيرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nabi SAW berkata pada Ali: Tidak halal bagi sesiapa untuk berjunub dalam masjid ini kecuali aku dan engkau.

STATUS

Sanadnya lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 366-367, hadis nombor 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن مردويه عن أبي سعيد مرفوعا. وفي إسناده: عطية العوفي ضعيف. وقد أخرجه الترمذي من طريقه وحسنه. قال النووي: إنما حسنه الترمذي لشواهده. قال في اللآلىء، وأخرجه البيهقي في سننه، وورد من طرق، ثم ذكر إسناد البزار عن سعد بن أبي وقاص مرفوعا، ورواه ابن منيع عن جابر في مسنده مرفوعا ورواه ابن أبي شيبة في مسنده عن أم سلمة مرفوعا.

Diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih daripada Abu Sa’id secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat: ‘Atiyyah al-Aufi, dhaif. Al-Tirmizi telah meriwayatkan dari jalannya dan menilainya hasan. Al-Nawawi berkata: Al-Tirmizi menilainya hasan kerana ia mempunyai riwayat sokongan. Dia berkata dalam al-Laali’, al-Baihaqi juga meriwayatkannya dalam Sunannya daripada beberapa jalan, kemudian disebutkan sanad al-Bazzar dari Saad bin Abu Waqqas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Diriwayatkan juga oleh Ibn Mani’ daripada Jabir dalam Musnadnya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia juga diriwayatkan oleh Ibn Abu Syaibah dalam Musnadnya daripada Ummu Salamah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW).

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.