Sanadnya lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وسلم قال لِعَلِيٍّ: لا يَحِلُّ لأَحَدٍ أَنْ يَجْنُبَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ غَيْرِي وَغَيْرُكَ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Nabi SAW berkata pada Ali: Tidak halal bagi sesiapa untuk berjunub dalam masjid ini kecuali aku dan engkau.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
- Jabir RA
- Sa'd bin Abu Waqqas RA
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Sanadnya lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 366-367, hadis no. 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن مردويه عن أبي سعيد مرفوعا. وفي إسناده: عطية العوفي ضعيف. وقد أخرجه الترمذي من طريقه وحسنه. قال النووي: إنما حسنه الترمذي لشواهده. قال في اللآلىء، وأخرجه البيهقي في سننه، وورد من طرق، ثم ذكر إسناد البزار عن سعد بن أبي وقاص مرفوعا، ورواه ابن منيع عن جابر في مسنده مرفوعا ورواه ابن أبي شيبة في مسنده عن أم سلمة مرفوعا.
Diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih daripada Abu Sa'id secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat: 'Atiyyah al-Aufi, dhaif. Al-Tirmizi telah meriwayatkan dari jalannya dan menilainya hasan. Al-Nawawi berkata: Al-Tirmizi menilainya hasan kerana ia mempunyai riwayat sokongan. Dia berkata dalam al-Laali’, al-Baihaqi juga meriwayatkannya dalam Sunannya daripada beberapa jalan, kemudian disebutkan sanad al-Bazzar dari Saad bin Abu Waqqas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Diriwayatkan juga oleh Ibn Mani’ daripada Jabir dalam Musnadnya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia juga diriwayatkan oleh Ibn Abu Syaibah dalam Musnadnya daripada Ummu Salamah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW).
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman