Tidak halal bagi seorang muslim untuk memboikot saudaranya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاثة أيام؛ إلا أن يكون ممن لا يؤمن بوائقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak halal bagi seorang muslim untuk memboikot saudaranya lebih dari tiga hari. Melainkan dia merupakan seorang yang (menyebabkan manusia lain) tidak aman daripada kejahatannya.

STATUS

Batil dengan Penambahan Bahagian Akhirnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 83, hadis nombor 416. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل بزيادة آخره)
عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعاً: لا يحلّ لمسلمٍ أن يهجر أخاه فوق ثلاثة أيام؛ إلا أن يكون ممّن لا يؤمن بوائقه.
[عد، ((الضعيفة)) (4119)]

(Batil Dengan Penambahan Bahagian Akhirnya)
Daripada A’ishah R.Anha secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak halal bagi seorang muslim untuk memboikot saudaranya lebih dari tiga hari. Melainkan dia merupakan seorang yang (menyebabkan manusia lain) tidak aman dari kejahatannya.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam Al-Kamil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4119]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.