Batil Dengan Penambahan Bahagian Akhirnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يحلُّ لمسلمٍ أن يهجرَ أخاه فوق ثلاثةِ أيامٍ؛ إلا أن يكونَ ممن لا يؤمنُ بوائقُه.
Teks Bahasa Melayu
Tidak halal bagi seorang muslim untuk memboikot saudaranya lebih dari tiga hari. Melainkan dia merupakan seorang yang (menyebabkan manusia lain) tidak aman daripada kejahatannya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil Dengan Penambahan Bahagian Akhirnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 83, hadis no. 416. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل بزيادة آخره) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعاً: لا يحلّ لمسلمٍ أن يهجر أخاه فوق ثلاثة أيام؛ إلا أن يكون ممّن لا يؤمن بوائقه. [عد، ((الضعيفة)) (4119)]
(Batil Dengan Penambahan Bahagian Akhirnya) Daripada A’ishah R.Anha secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak halal bagi seorang muslim untuk memboikot saudaranya lebih dari tiga hari. Melainkan dia merupakan seorang yang (menyebabkan manusia lain) tidak aman dari kejahatannya. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam Al-Kamil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4119]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman