Tidak halal bagi seorang mukmin untuk bersifat keras dengan saudaranya

TEKS BAHASA ARAB

ما يحل لمؤمن أن يشتد إلى أخيه بنظرة تؤذيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak halal bagi seorang mukmin untuk bersifat keras dengan saudaranya dengan pandangan yang menyakitkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 99, hadis nombor 513. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن حمزة، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ما يحل لمؤمن أن يشتد إلى أخيه بنظرة تؤذيه.
[ابن المبارك، ((الضعيفة)) (5214)]

(Lemah)
Daripada Ḥamzah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak halal bagi seorang mukmin untuk bersifat keras dengan saudaranya dengan pandangan yang menyakitkannya.
[Riwayat Ibn al-Mubārak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5214]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs