Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما يَحِلُّ لمؤمنٍ أن يَشْتَدَّ إلى أَخِيهِ بنَظْرَةٍ تُؤْذِيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak halal bagi seorang mukmin untuk bersifat keras dengan saudaranya dengan pandangan yang menyakitkannya.
Sahabat Perawi
- Ḥamzah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 99, hadis no. 513. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن حمزة، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ما يحل لمؤمن أن يشتد إلى أخيه بنظرة تؤذيه. [ابن المبارك، ((الضعيفة)) (5214)]
(Daif) Daripada Ḥamzah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak halal bagi seorang mukmin untuk bersifat keras dengan saudaranya dengan pandangan yang menyakitkannya. [Riwayat Ibn al-Mubārak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5214]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman