Tidak halal bagi Muslim untuk memboikot saudaranya

TEKS BAHASA ARAB

{لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث، يلتقيان فيعرض هذا ويعرض هذا، والذي يبدأ بالسلام يسبق إلى الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak halal bagi Muslim untuk memboikot saudaranya lebih daripada tiga hari, di mana kedua-duanya bertemu, seorang ini berpaling, lalu yang seorang lagi juga berpaling. Yang memulakan salam (dalam kalangan keduanya) adalah yang paling cepat menuju ke syurga.

STATUS

Munkar Pada Tambahan السبق

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 185, hadis nombor 830. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة: السبق)
عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث ، يلتقيان فيعرض هذا ويعرض هذا ، والذي يبدأ بالسلام يسبق إلى الجنة.
[طس، ((الضعيفة)) (6770)]

(Munkar Pada Tambahan السبق)
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Tidak halal bagi Muslim untuk memboikot saudaranya lebih daripada tiga hari, di mana kedua-duanya bertemu, seorang ini berpaling, lalu yang seorang lagi juga berpaling. Yang memulakan salam (dalam kalangan keduanya) adalah yang paling cepat menuju ke syurga.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6770]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs