Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يُعَادُ المريضُ إلا بعدَ ثلاثٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak diziarahi orang yang sakit melainkan selepas tiga (hari).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1718, hadis no. 8641. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لا يعاد المريض إلا بعد ثلاث.)) [طس، ((الضعيفة))(146)].
(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidak diziarahi orang yang sakit melainkan selepas tiga (hari).)) [Riwayat al-Tabarani di dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 146].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman