Tidak ditundukkan kepala (sebagai tanda kehinaan) melainkan ketika haji dan umrah

TEKS BAHASA ARAB

لا توضع النواصي إلا في حج أو عمرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ditundukkan kepala (sebagai tanda kehinaan) melainkan ketika haji dan umrah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1635, hadis nombor 8269. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -:((لا توضع النواصي إلا في حج أو عمرة)). [البزار، عق، طس، عد، ((الضعيفة)) (5713)]

(Munkar)
Daripada Jabir RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Tidak ditundukkan kepala (sebagai tanda kehinaan) melainkan ketika haji dan umrah.))
[Riwayat al-Bazzar, al-’Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, dan Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5713].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs