Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ditundukkan kepala (sebagai tanda kehinaan) melainkan ketika haji dan umrah

Teks Bahasa Arab

لَا تُوضَعُ النواصِي إلا في حجِّ أو عمرةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ditundukkan kepala (sebagai tanda kehinaan) melainkan ketika haji dan umrah.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1635, hadis no. 8269. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -:((لا توضع النواصي إلا في حج أو عمرة)). [البزار، عق، طس، عد، ((الضعيفة)) (5713)]

(Munkar) Daripada Jabir RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Tidak ditundukkan kepala (sebagai tanda kehinaan) melainkan ketika haji dan umrah.)) [Riwayat al-Bazzar, al-’Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, dan Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5713].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.