TEKS BAHASA ARAB
حديث: ما قبل حج امرىء إلا رفع حصاه
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Tidak diterima haji seseorang melainkan diangkat batunya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 107, hadis nombor 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكره في المقاصد عن ابن عمر مرفوعا وأورده ابن طاهر في تذكرة الموضوعات
Al-Sakhawi menyebutkan hadith ini di dalam kitabnya al-Maqasid daripada Ibn Umar secara marfu' (disandarkan kepada Nabi). Ibn Tahir juga turut meriwayatkan hadith ini di dalam Tazkirah al-Maudhu'at.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.