Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidak diterima haji seseorang melainkan diangkat batunya

Teks Bahasa Arab

حديث: ما قبل حج امرىء إلا رفع حصاه

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tidak diterima haji seseorang melainkan diangkat batunya

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 107, hadis no. 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في المقاصد عن ابن عمر مرفوعا وأورده ابن طاهر في تذكرة الموضوعات

Al-Sakhawi menyebutkan hadith ini di dalam kitabnya al-Maqasid daripada Ibn Umar secara marfu (disandarkan kepada Nabi). Ibn Tahir juga turut meriwayatkan hadith ini di dalam Tazkirah al-Maudhu'at

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.