Tidak disebutkan kepadaku seorang lelaki daripada orang Arab melainkan aku nampak dia kurang daripada yang disebutkan kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

ما ذكر لي رجل من العرب إلا رأيته دون ما ذكر لي ؛ إلا ما كان من زيد ؛ فإنه لم يبلغ كل ما فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak disebutkan kepadaku seorang lelaki daripada orang Arab melainkan aku nampak dia kurang daripada yang disebutkan kepadaku, melainkan apa yang ada daripada Zaid. Kerana sesungguhnya ia tidak mencapai setiap apa yang ada padanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1853, hadis nombor 9358. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن رجال، قالوا – وفيه قصة -: قال رسول الله ﷺ: ((ما ذُكر لي رجلٌ من العَربِ إلَّا رأيتُه دونَ ما ذُكر لي ؛ إلَّا ما كان مِن زيدٍ ؛ فإنَّه لم يبلُغ كلَّ ما فيهِ)).
[ابن سعدـ، ((الضعيفة))، (4443)].

(Palsu) Daripada beberapa orang lelaki, mereka berkata, dan ada kisah padanya: Rasulullah SAW bersabda: Tidak disebutkan kepadaku seorang lelaki daripada orang Arab melainkan aku nampak dia kurang daripada yang disebutkan kepadaku, melainkan apa yang ada daripada Zaid. Kerana sesungguhnya ia tidak mencapai setiap apa yang ada padanya.
[Riwayat Ibn Sa‘d. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4443].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs