Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا توضعُ النَّواصي إلَّا في حجٍّ أو عمرةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak diletakkan (dicukur) jambul kecuali pada haji atau umrah.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 757, hadis no. 3873. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا توضع النواصي إلا في حج أو عمرة)). [البزار، عق، طس، عد، ((الضعيفة)) (5713)]
(Munkar) Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak diletakkan (dicukur) jambul kecuali pada haji atau umrah. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya, al-Uqaili dalam al-Dhuafa’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5713]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman