Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس على الرجلِ المسلمِ زكاةٌ في كرْمهِ، ولا في زرْعهِ؛ إذا كان أقل من خمسةِ أوسُقٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak dikenakan ke atas seorang lelaki yang muslim zakat pada kebunnya, tanamannya, apabila jumlah hasilnya lebih sedikit dari 5 bebanan unta (363 gantang Malaysia).
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 884, hadis no. 4543. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما- مرفوعا: (ليس على الرجل المسلم زكاة في كرمه، ولا في زرعه؛ إذا كان أقل من خمسة أوسق). [ك، هق، ((الضعيفة)) (4377)]
(Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’: Tidak dikenakan ke atas seorang lelaki yang muslim zakat pada kebunnya, tanamannya, apabila jumlah hasilnya lebih sedikit dari 5 bebanan unta (363 gantang Malaysia). [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4377]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman