Tidak dijadikan wali Allah melainkan dengan sifat dermawan dan akhlak yang baik

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما جبل ولي الله إلا على السخاء وحسن الخلق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidak dijadikan wali Allah melainkan dengan sifat dermawan dan akhlak yang baik.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 76-75, hadis nombor 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن عائشة مرفوعا وقال يوسف بن السفر: يكذب والحديث لا يثبت.

al-Daraqutni meriwayatkan daripada Aisyah RA secara Marfu (disandarkan kepada Nabi). Yusuf bin al-Safar berkata: Hadith ini didustakan dan tidak sahih.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs