Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidak dijadikan wali Allah melainkan dengan sifat dermawan dan akhlak yang baik

Teks Bahasa Arab

حديث: ما جبل ولي الله إلا على السخاء وحسن الخلق.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tidak dijadikan wali Allah melainkan dengan sifat dermawan dan akhlak yang baik.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aisyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 76-75, hadis no. 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن عائشة مرفوعا وقال يوسف بن السفر: يكذب والحديث لا يثبت.

al-Daraqutni meriwayatkan daripada Aisyah RA secara Marfu (disandarkan kepada Nabi). Yusuf bin al-Safar berkata: Hadith ini didustakan dan tidak sahih.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.