Tidak (diharuskan) berjaga malam melainkan tiga golongan: Orang yang solat, orang yang bermusafir atau pengantin

TEKS BAHASA ARAB

لا سمر إلا لثلاثة: مصل، أو مسافر، أو عروس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak (diharuskan) berjaga malam melainkan tiga golongan: Orang yang solat, orang yang bermusafir atau pengantin.

STATUS

Munkar dengan sebutan : pengantin

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1651, hadis nombor 8343. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر : ((عروس))) عن عائشة -رضي الله عنها- أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :((لا سمر إلا لثلاثة: مصل، أو مسافر، أو عروس)). [سمويه في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (6524)].

(Munkar dengan tambahan sebutan "pengantin")
Daripada ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : ((Tidak (diharuskan) berjaga malam melainkan tiga golongan: Orang yang solat, orang yang bermusafir atau pengantin)).
[Riwayat Samwih dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6524].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.