Munkar dengan sebutan : pengantin

30/06/2024

minit bacaan



Tidak (diharuskan) berjaga malam melainkan tiga golongan: Orang yang solat, orang yang bermusafir atau pengantin

Teks Bahasa Arab

لَا سَمَرَ إِلَّا لِثَلَاثَةٍ: مُصَلٍّ، أَوْ مُسَافِرٍ، أَوْ عَرُوسٍ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak (diharuskan) berjaga malam melainkan tiga golongan: Orang yang solat, orang yang bermusafir atau pengantin.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar dengan sebutan : pengantin

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1651, hadis no. 8343. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر : ((عروس))) عن عائشة -رضي الله عنها- أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :((لا سمر إلا لثلاثة: مصل، أو مسافر، أو عروس)). [سمويه في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (6524)].

(Munkar dengan tambahan sebutan "pengantin") Daripada 'Aisyah RA: Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : ((Tidak (diharuskan) berjaga malam melainkan tiga golongan: Orang yang solat, orang yang bermusafir atau pengantin)). [Riwayat Samwih dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6524].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.