Tidak dihalalkan seorang wanita untuk tidur malam sehinggalah dia mendedahkan dirinya kepada suaminya

TEKS BAHASA ARAB

لا يحل لامرأة أن تبيت ليلة حتى تعرض نفسها على زوجها. قيل: وما عرضها نفسها على زوجها؟ قال: إذا نزعت ثيابها فدخلت في فراشه فألزقت جلدها بجلده؛ فقد عرضت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak dihalalkan seorang wanita untuk tidur malam sehinggalah dia mendedahkan dirinya kepada suaminya. Dikatakan: Apa yang dimaksudkan dengan mendedahkan dirinya kepada suaminya?. Baginda SAW bersabda: Apabila dia menanggalkan pakaiannya kemudian dia masuk ke tempat tidurnya lalu kulitnya bersentuhan dengan kulit suaminya (kiasan terhadap persetubuhan) maka dia telah melakukannya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 965, hadis nombor 4978. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – قال، قال رسول الله ﷺ: لا يحل لامرأة أن تبيت ليلة حتى تعرض نفسها على زوجها. قيل: وما عرضها نفسها على زوجها؟ قال: إذا نزعت ثيابها فدخلت في فراشه فألزقت جلدها بجلده، فقد عرضت.
[ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) 6148].

(Batil)
Daripada Ibn ‘Umar RA dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak dihalalkan seorang wanita untuk tidur malam sehinggalah dia mendedahkan dirinya kepada suaminya. Dikatakan: Apa yang dimaksudkan dengan mendedahkan dirinya kepada suaminya?. Baginda SAW bersabda: Apabila dia menanggalkan pakaiannya kemudian dia masuk ke tempat tidurnya lalu kulitnya bersentuhan dengan kulit suaminya (kiasan terhadap persetubuhan) maka dia telah melakukannya.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afaa, Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah, Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6148].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs