Tidak dibaca dalam solat subuh kurang daripada dua puluh ayat

TEKS BAHASA ARAB

لا يقرأ في الصبح بدون عشرين آية، ولايقرأ في العشاء بدون عشر آيات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak dibaca dalam solat subuh kurang daripada dua puluh ayat dan tidak dibaca dalam solat isyak kurang daripada sepuluh ayat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 363, hadis nombor 1936. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رفاعة الأنصاري – رضي الله عنه – أن رسول الله ﷺ قال: «لا يقرأ في الصبح بدون عشرين آية، ولا يقرأ في العشاء بدون عشر آيات». [طب، «الضعيفة» (1262)].

(Lemah) Daripada Rifa’ah al-Ansari RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak dibaca dalam solat subuh kurang daripada dua puluh ayat dan tidak dibaca dalam solat isyak kurang daripada sepuluh ayat". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1262].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs