Tidak diangkat kedua-dua belah tangan (untuk berdoa) melainkan pada tujuh tempat

TEKS BAHASA ARAB

لا ترفع الأيدي إلا في سبع مواطن: حين تفتتح الصلاة، وحين يدخل المسجد الحرام فينظر إلى البيت، وحين يقوم على المروة، وحين يقف مع الناس عشية عرفة، وبجمع، والمقامين حين يرمي الجمرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak diangkat kedua-dua belah tangan (untuk berdoa) melainkan pada tujuh tempat: Ketika memulakan solat, ketika memasuki Masjidilharam lalu dia melihat kepada Kaabah, ketika berdiri di atas bukit Marwah, ketika berwukuf bersama manusia pada waktu petang hari Arafah dan di Muzdalifah dan pada dua tempat berdiri ketika melontar jamrah.

STATUS

Batil dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 362-363, hadis nombor 1934. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل بهذا اللفظ) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: «لا ترفع الأيدي إلا في سبع مواطن: حين تفتتح الصلاة، وحين يدخل المسجد الحرام فينظر إلى البيت، وحين يقوم على المروة، وحين يقف مع الناس عشية عرفة، وبجمع، والمقامين حين يرمي الجمرة». [طب، «الضعيفة» (1054].

(Batil Dengan Lafaz Ini) Daripada Ibnu Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tidak diangkat kedua-dua belah tangan (untuk berdoa) melainkan pada tujuh tempat: Ketika memulakan solat, ketika memasuki Masjidilharam lalu dia melihat kepada Kaabah, ketika berdiri di atas bukit Marwah, ketika berwukuf bersama manusia pada waktu petang hari Arafah dan di Muzdalifah dan pada dua tempat berdiri ketika melontar jamrah". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1054].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.