Batil Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تُرفَعُ الأيدِي إلا في سبعِ مواطِنَ: حين تَفْتَتِحُ الصلاةَ، وحين يَدْخُلُ المسجدَ الحرامَ فينظرُ إلى البيتِ، وحين يقومُ على المروةِ، وحين يقِفُ مع الناسِ عَشِيَّةَ عرفةَ، وبِجَمْعٍ، والمقامَيْنِ حين يَرْمِي الجَمْرَةَ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak diangkat kedua-dua belah tangan (untuk berdoa) melainkan pada tujuh tempat: Ketika memulakan solat, ketika memasuki Masjidilharam lalu dia melihat kepada Kaabah, ketika berdiri di atas bukit Marwah, ketika berwukuf bersama manusia pada waktu petang hari Arafah dan di Muzdalifah dan pada dua tempat berdiri ketika melontar jamrah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 362-363, hadis no. 1934. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Batil Dengan Lafaz Ini) Daripada Ibnu Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tidak diangkat kedua-dua belah tangan (untuk berdoa) melainkan pada tujuh tempat: Ketika memulakan solat, ketika memasuki Masjidilharam lalu dia melihat kepada Kaabah, ketika berdiri di atas bukit Marwah, ketika berwukuf bersama manusia pada waktu petang hari Arafah dan di Muzdalifah dan pada dua tempat berdiri ketika melontar jamrah". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1054].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman