Tidak datang kepada orang Islam suatu bulan yang lebih baik daripada bulan Ramadan

TEKS BAHASA ARAB

أظلكم شهركم هذا بمحلوف رسول الله صلى الله عليه وسلم : ما مر بالمؤمنين شهر خير لهم منه، ولا بالمنافقين شهر شر لهم منه إن الله عز وجل ليكتب أجره ونوافله من قبل أن يدخله، ويكتب إصره وشقاءه من قبل أن يدخله وذلك أن المؤمن يعد فيه القوة للعبادة من النفقة ويعد المنافق اتباع غفلة الناس واتباع عوراتهم فهو غنم للمؤمن يغتنمه الفاجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalian telah dilindungi oleh bulan kalian ini dengan sumpah janji Rasulullah SAW: Tidak datang kepada orang Islam suatu bulan yang lebih baik daripada bulan Ramadan, dan tidak datang kepada orang-orang munafik suatu bulan yang lebih buruk bagi mereka selain daripada bulan Ramadan. Sesungguhnya Allah menuliskan pahala dan amal solehnya sebelum dia memasuki bulan itu, dan menuliskan kesusahan dan penderitaannya sebelum dia (orang munafik) memasukinya. Yang demikian itu kerana itu orang Islam menyiapkan tenaga dan semangat untuk beribadah dan bersedekah, sedangkan yang dipersiapkan oleh orang-orang munafik adalah mencari kelalaian orang lain dan mencari-cari aib mereka. Bulan Ramadan adalah ghanimah (harta rampasan) orang mukmin, yang dirampas oleh orang-orang yang jahat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1147, hadis nombor 5803. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أظلكم شهركم هذا بمحلوف رسول الله صلى الله عليه وسلم : ما مر بالمؤمنين شهر خير لهم منه ولا بالمنافقين شهر شر لهم منه إن الله عز وجل ليكتب أجره ونوافله من قبل أن يدخله ويكتب إصره وشقاءه من قبل أن يدخله وذلك أن المؤمن يعد فيه القوة للعبادة من النفقة ويعد المنافق اتباع غفلة الناس واتباع عوراتهم فهو غنم للمؤمن يغتنمه الفاجر. [ابن خزيمة، حم، الضعيفة (5082)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Kalian telah dilindungi oleh bulan kalian ini dengan sumpah janji Rasulullah SAW: Tidak datang kepada orang Islam suatu bulan yang lebih baik daripada bulan Ramadan, dan tidak datang kepada orang-orang munafik suatu bulan yang lebih buruk bagi mereka selain daripada bulan Ramadan. Sesungguhnya Allah menuliskan pahala dan amal solehnya sebelum dia memasuki bulan itu, dan menuliskan kesusahan dan penderitaannya sebelum dia (orang munafik) memasukinya. Yang demikian itu kerana itu orang Islam menyiapkan tenaga dan semangat untuk beribadah dan bersedekah, sedangkan yang dipersiapkan oleh orang-orang munafik adalah mencari kelalaian orang lain dan mencari-cari aib mereka. Bulan Ramadan adalah ghanimah (harta rampasan) orang mukmin, yang dirampas oleh orang-orang yang jahat. [Riwayat Ibn Khuzaymah dan Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5082]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs