Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يُبرِمَنَّ أحدٌ منكم أمرًا من أمرِ دينٍ أو دنيا حتَّى يشاوِرَ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak boleh sesiapa dari kamu memberi keputusan bagi sesuatu perkara dari perkara agama atau dunia kecuali selepas dia berbincang (bermusyawwarah).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 852, hadis no. 4367. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يبرمن أحد منكم أمرا من أمر دين أو دنيا حتى يشاور)). [عق، عد، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6227)].
(Palsu) Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh sesiapa dari kamu memberi keputusan bagi sesuatu perkara dari perkara agama atau dunia kecuali selepas dia berbincang (bermusyawwarah).” [Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu'afa' al-Kabir, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa dan Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6227].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman