Tidak boleh menyertai kami pada hari ini sesiapa yang menyakiti jirannya

TEKS BAHASA ARAB

لا يصحبنا اليوم من آذى جاره فقال رجل من القوم: أنا بلت في أصل حائط جاري، فقال: لا تصحبنا اليوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak boleh menyertai kami pada hari ini sesiapa yang menyakiti jirannya. Lalu seorang lelaki telah berkata: “Aku telah kencing di bahagian permukaan dinding rumah jiranku.” Maka Baginda SAW telah bersabda: “Janganlah kamu menyertai kami pada hari ini”.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 104, hadis nombor 541. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما-، قال: خرج رسول الله -صلى الله عليه وسلم- في غزاة، قال: لا يصحبنا اليوم من آذى جاره. فقال رجل من القوم: أنا بلت في أصل حائط جاري؟ فقال: لا تصحبنا اليوم.
[طس، ((الضعيفة)) (5274)]

(Munkar)
Daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar RA, beliau telah berkata: “Rasulullah SAW keluar dalam satu peperangan, lalu Baginda SAW telah bersabda: Tidak boleh menyertai kami pada hari ini sesiapa yang menyakiti jirannya. Lalu seorang lelaki telah berkata: “Aku telah kencing di bahagian permukaan dinding rumah jiranku.” Maka Baginda SAW telah bersabda: “Janganlah kamu menyertai kami pada hari ini”.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5274]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs