Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يَصْحَبْنا اليومَ مَنْ آذَى جَارَهُ فقال رجلٌ مِنَ القومِ: أنا بُلْتُ في أَصْلِ حائِطِ جَارِي، فقال: لا تَصْحَبْنا اليومَ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak boleh menyertai kami pada hari ini sesiapa yang menyakiti jirannya. Lalu seorang lelaki telah berkata: “Aku telah kencing di bahagian permukaan dinding rumah jiranku.” Maka Baginda SAW telah bersabda: “Janganlah kamu menyertai kami pada hari ini”.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 104, hadis no. 541. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما-، قال: خرج رسول الله -صلى الله عليه وسلم- في غزاة، قال: لا يصحبنا اليوم من آذى جاره. فقال رجل من القوم: أنا بلت في أصل حائط جاري؟ فقال: لا تصحبنا اليوم. [طس، ((الضعيفة)) (5274)]
(Munkar) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar RA, beliau telah berkata: “Rasulullah SAW keluar dalam satu peperangan, lalu Baginda SAW telah bersabda: Tidak boleh menyertai kami pada hari ini sesiapa yang menyakiti jirannya. Lalu seorang lelaki telah berkata: “Aku telah kencing di bahagian permukaan dinding rumah jiranku.” Maka Baginda SAW telah bersabda: “Janganlah kamu menyertai kami pada hari ini”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5274]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman