Tidak boleh melaporkan perkara aib yang dilakukan oleh orang Islam secara sembunyi

TEKS BAHASA ARAB

من رأى من مسلم عورة فسترها، كان كمن أحيا موؤدة من قبرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melihat aurat (perkara aib) seorang muslim lalu dia menyembunyikannya, keadaannya adalah sama seperti mereka yang menghidupkan bayi yang mati dibunuh daripada kuburnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 182, hadis nombor 935. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الهيثم قال: جاء قوم إلى عقبة بن عامر فقالوا: إن لنا جيرانا يشربون ويفعلون، أفنرفعهم إلى الإمام؟ قال: لا، سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((من رأى من مسلم عورة فسترها، كان كمن أحيا موؤدة من قبرها)). [خد، د، الطيالسي، ابن شاهين في ((جزء من حديثه))، القضاعي، ((الضعيفة)) (1265)]

(Lemah)
Daripada Abu al-Haitsam, beliau berkata: Sekumpulan kaum telah datang kepada Uqbah bin ‘Amir, lalu mereka berkata: "Sesungguhnya kami mempunyai jiran yang mana mereka ini meminum (arak) dan melakukan (maksiat), perlukah kami membawa (melaporkan) mereka kepada pemerintah?". Uqbah menjawab: "Tidak perlu. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesiapa yang melihat aurat (perkara aib) seorang muslim lalu dia menyembunyikannya, keadaannya adalah sama seperti mereka yang menghidupkan bayi yang mati dibunuh daripada kuburnya’."
[Riwayat al-Bukhārī dalam al-Adab al-Mufrad, Sunan Abu Daud, al-Tayalisi, Ibn Syahin dalam Juz’ dari al-Hadis dan al-Quda’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1265]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.