TEKS BAHASA ARAB
حديث: لا يصلح المكر والخديعة إلا في النكاح
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Tidak boleh helah dan tipu daya melainkan dalam pernikahan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 127, hadis nombor 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الأزدي عن عائشة مرفوعا، وفي إسناده: علي بن عروة. قال ابن حبان: يضع.
Al-Azdi meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) pada sanadnya terdapat perawi bernama Ali bin Urwah, Ibn Hibban berkata: Dia mereka hadith.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.