Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidak boleh helah dan tipu daya melainkan dalam pernikahan

Teks Bahasa Arab

حديث: لا يصلح المكر والخديعة إلا في النكاح

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tidak boleh helah dan tipu daya melainkan dalam pernikahan

Sahabat Perawi

  1. ‘Aisyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 127, hadis no. 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الأزدي عن عائشة مرفوعا، وفي إسناده: علي بن عروة. قال ابن حبان: يضع.

Al-Azdi meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) pada sanadnya terdapat perawi bernama Ali bin Urwah, Ibn Hibban berkata: Dia mereka hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.