Tidak boleh dinar ke atas dinar dan tidak boleh dirham ke atas dirham

TEKS BAHASA ARAB

لا يكون الدينار على الدينار، ولا الدرهم على الدرهم، ولكن يوسع جلده {فتكوى بها جباههم وجنوبهم وظهورهم … } الآية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak boleh dinar ke atas dinar dan tidak boleh dirham ke atas dirham, tetapi diperluaskan kulitnya, firman Allah SWT: {Lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka…}(Al-Taubah: 35).

STATUS

Mawdu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1604, hadis nombor 8089. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((لا يكون الدينار على الدينار، ولا الدرهم على الدرهم، ولكن يوسع جلده {فتكوى بها جباههم وجنوبهم وظهورهم …} الآية.)) [أبو يعلى في ((المسند الكبير))، ((الضعيفة)) (6736)].

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Tidak boleh dinar ke atas dinar dan tidak boleh dirham ke atas dirham, tetapi diperluaskan kulitnya, firman Allah SWT: {Lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka…}(Al-Taubah: 35).))
[Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad Al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6736].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs