Mawdu'
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يكونُ الدِّيَنارُ على الدِّيَنارِ ولا الدرهمُ على الدرهمِ ولكن يُوسَّعَ جلدُه { فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ ...} الآيةُ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak boleh dinar ke atas dinar dan tidak boleh dirham ke atas dirham, tetapi diperluaskan kulitnya, firman Allah SWT: {Lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka...}(Al-Taubah: 35).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mawdu'
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1604, hadis no. 8089. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((لا يكون الدينار على الدينار، ولا الدرهم على الدرهم، ولكن يوسع جلده {فتكوى بها جباههم وجنوبهم وظهورهم ...} الآية.)) [أبو يعلى في ((المسند الكبير))، ((الضعيفة)) (6736)].
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6715].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman