TEKS BAHASA ARAB
لا يكفر أحد إلا بجحوده بما أقر به.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak boleh dikafirkan seseorang kecuali jika dia ingkar terhadap apa yang telah dia akui.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في المختصر «لا يكفر أحد إلا بجحوده بما أقر به» ضعيف.
Di dalam kitab Al-Mukhtasar :
Maksudnya: Tidak boleh dikafirkan seseorang kecuali jika dia ingkar terhadap apa yang telah dia akui.”. Hadith ini adalah hadith yang lemah.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.