Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tidak boleh berada di saf pertama bagi seorang Arab Badwi

Teks Bahasa Arab

لا يتقدَّمِ الصَّفَ الأوَّلَ أعرابيٌّ، ولا أعجميٌّ، ولا غلامٌ لم يحتلِمْ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak boleh berada di saf yang pertama bagi seorang Arab Badwi, seorang yang bukan berbangsa Arab dan kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 343, hadis no. 1799. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما-، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «للا يتقدم الصف الأول أعرابي، ولا أعجمي، ولا غلام لم يحتلم». [قط، ابن الجوزي في «العلل المتناهية»، «الضعيفة» (6022)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau telah berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: Tidak boleh berada di saf yang pertama bagi seorang Arab Badwi, seorang yang bukan berbangsa Arab dan kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh. [Riwayat al-Dāraqutnī dalam Sunannya dan Ibn al-Jauzī dalam kitab al-‘Ilal al-Mutanāhiyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6022]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.