Tidak boleh belayar di lautan kecuali untuk orang yang pergi berperang atau orang yang hendak menunaikan haji atau umrah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا ‌يركب ‌البحر إلا غاز أو حاج أو معتمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak boleh belayar di lautan kecuali untuk orang yang pergi berperang atau orang yang hendak menunaikan haji atau umrah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 976, hadis nombor 5032. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الحسن بن أبي الحسن مرفوعا: ((لا ‌يركب ‌البحر إلا غاز أو حاج أو معتمر)). [الحارث، ((الضعيفة)) (479)].

(Munkar) Daripada al-Hasan bin Abu Hasan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak boleh belayar di lautan kecuali untuk orang yang pergi berperang atau orang yang hendak menunaikan haji atau umrah. [Riwayat al-Harith. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 479]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.