Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يَرْكَبُ البحرَ إلا غازٍ أو حاجٌّ أو مُعْتَمِرٌ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak boleh belayar di lautan kecuali untuk orang yang pergi berperang atau orang yang hendak menunaikan haji atau umrah.
Sahabat Perawi
- al-Hasan bin Abu Hasan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 976, hadis no. 5032. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الحسن بن أبي الحسن مرفوعا: ((لا يركب البحر إلا غاز أو حاج أو معتمر)). [الحارث، ((الضعيفة)) (479)].
(Munkar) Daripada al-Hasan bin Abu Hasan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak boleh belayar di lautan kecuali untuk orang yang pergi berperang atau orang yang hendak menunaikan haji atau umrah. [Riwayat al-Harith. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 479]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman