Tidak boleh belayar di lautan kecuali orang yang mahu menunaikan haji atau umrah, atau pergi berperang di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

لا يركب البحر ‌إلا ‌حاج، أو معتمر، أو غاز في سبيل الله، فإن تحت البحر نارا، وتحت النار بحرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak boleh belayar di lautan kecuali orang yang mahu menunaikan haji atau umrah, atau pergi berperang di jalan Allah kerana sesungguhnya di bawah lautan itu ada api dan di bawah api adanya laut.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 976, hadis nombor 5031. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((لا يركب البحر ‌إلا ‌حاج، أو معتمر، أو غاز في سبيل الله، فإن تحت البحر نارا، وتحت النار بحرا)). [د، الخطيب في ((التلخيص))، هق، ((الضعيفة)) (478)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin Amru RHUMA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak boleh belayar di lautan kecuali orang yang mahu menunaikan haji atau umrah, atau pergi berperang di jalan Allah kerana sesungguhnya di bawah lautan itu ada api dan di bawah api adanya laut. [Riwayat Abī Dāwud dalam Sunannya, al-Khatib dalam al-Talkhis, dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 478]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs