Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يَرْكَبُ البحرَ إلا حاجٌّ، أو مُعْتَمِرٌ، أو غازٍ في سبيلِ اللهِ، فإنَّ تحتَ البحرِ نارًا، وتحتَ النارِ بَحْرًا.
Teks Bahasa Melayu
Tidak boleh belayar di lautan kecuali orang yang mahu menunaikan haji atau umrah, atau pergi berperang di jalan Allah kerana sesungguhnya di bawah lautan itu ada api dan di bawah api adanya laut.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 976, hadis no. 5031. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((لا يركب البحر إلا حاج، أو معتمر، أو غاز في سبيل الله، فإن تحت البحر نارا، وتحت النار بحرا)). [د، الخطيب في ((التلخيص))، هق، ((الضعيفة)) (478)]
(Munkar) Daripada Abdullah bin Amru RHUMA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak boleh belayar di lautan kecuali orang yang mahu menunaikan haji atau umrah, atau pergi berperang di jalan Allah kerana sesungguhnya di bawah lautan itu ada api dan di bawah api adanya laut. [Riwayat Abī Dāwud dalam Sunannya, al-Khatib dalam al-Talkhis, dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 478]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman