Tidak boleh bagi seorang muslim untuk jahil tentang perkara-perkara fardu dan sunat

TEKS BAHASA ARAB

لا يحل لمسلم جهل الفرائض والسنن ويحل له جهل ما سوى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak boleh bagi seorang muslim untuk jahil tentang perkara-perkara fardu dan sunat. Dan dia boleh jahil tentang apa jua selain itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 208, hadis nombor 401. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذلك موضوع كذا في الذيل.

Palsu, sebagaimana disebutkan dalam Kitab al-Zayl.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs