Batil

30/06/2024

minit bacaan



Tidak boleh bagi mana-mana wanita yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat untuk mendedahkan rambutnya

Teks Bahasa Arab

لَا يَحِلُّ لامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ تَكْشِفُ شَعْرَهَا وَلا شَيْئًا مِنْ صَدْرِهَا عِنْدَ يَهُودِيَّةٍ وَلا نَصْرَانِيَّةٍ وَلا مَجُوسِيَّةٍ فَمَنْ فَعَلَتْ ذَلِكَ فَلا أَمَانَةَ لَهَا.

Teks Bahasa Melayu

Tidak boleh bagi mana-mana wanita yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat untuk mendedahkan rambutnya dan juga tidak boleh mendedahkan dadanya pada mana-mana wanita Yahudi, Nasrani mahupun Majusi. Barangsiapa yang melakukan sedemikian rupa maka dia orang yang tiada amanah.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aisyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 130. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

عائِشَة «لَا يَحِلُّ لامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ تَكْشِفُ شَعْرَهَا وَلا شَيْئًا مِنْ صَدْرِهَا عِنْدَ يَهُودِيَّةٍ وَلا نَصْرَانِيَّةٍ وَلا مَجُوسِيَّةٍ فَمَنْ فَعَلَتْ ذَلِكَ فَلا أَمَانَةَ لَهَا» بَاطِل.

Daripada ‘Aisyah: Maksudnya: “Tidak boleh bagi mana-mana wanita yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat untuk mendedahkan rambutnya dan juga tidak boleh mendedahkan dadanya pada mana-mana wanita Yahudi, Nasrani mahupun Majusi. Barangsiapa yang melakukan sedemikian rupa maka dia orang yang tiada amanah.” Hadith ini adalah hadith yang batil.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.