Tidak bimbang terhadap umatku melainkan tiga kecacatan

TEKS BAHASA ARAB

لا أخاف على أمتى إلا ثلاث خلال: أن يكثر لهم من المال فيتحاسدوا فيقتتلوا، وأن يفتح لهم الكتاب، يأخذه المؤمن يبتغى تأويله: وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون فى العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا وما يذكر إلا أولو الألباب، وأن يروا ذا علمهم فيضيعوه، ولا يبالون عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak bimbang terhadap umatku melainkan tiga perkara (kecacatan) iaitu; Diperbanyakkan harta kepada mereka lalu menyebabkan mereka saling hasad dengki lalu menyebabkan mereka saling membunuh, dan dibukakan Kitab untuk mereka, orang beriman mengambilnya kerana mahu mentakwilnya: {Dan tidak diketahui takwilannya melainkan Allah, dan orang-orang yang cerdik dalam ilmu mereka mengatakan: Kami beriman dengannya, semuanya datang daripada Allah dan tidaklah yang menyebutkannya melainkan orang-orang yang celik hatinya}, serta ditambahkan ilmu mereka, lalu mereka sia-siakannya dan tidak menghiraukannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1371, hadis nombor 6984. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي مالك الأشعري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: لا أخاف على أمتى إلا ثلاث خلال: أن يكثر لهم من المال فيتحاسدوا فيقتتلوا، وأن يفتح لهم الكتاب، يأخذه المؤمن يبتغى تأويله: وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون فى العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا وما يذكر إلا أولو الألباب، وأن يزداد علمهم فيضيعوه، ولا يبالون عليه.
[طب، وفي مسند الشاميين، ((الضعيفة)) (5607)]

(Lemah)
Daripada Abu Malik al-Ash‘ari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidak bimbang terhadap umatku melainkan tiga perkara (kecacatan) iaitu; Diperbanyakkan harta kepada mereka lalu menyebabkan mereka saling hasad dengki lalu menyebabkan mereka saling membunuh, dan dibukakan Kitab untuk mereka, orang beriman mengambilnya kerana mahu mentakwilnya: {Dan tidak diketahui takwilannya melainkan Allah, dan orang-orang yang cerdik dalam ilmu mereka mengatakan: Kami beriman dengannya, semuanya datang daripada Allah dan tidaklah yang menyebutkannya melainkan orang-orang yang celik hatinya}, serta ditambahkan ilmu mereka, lalu mereka sia-siakannya dan tidak menghiraukannya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan juga dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5607]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs