Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا أخافُ على أُمَّتي إلا ثلاثَ خلالٍ: أن يكثُرَ لهم من المالِ فيتحاسدوا فيقتَتِلُوا، وأن يُفتحَ لهم الكتابُ؛ يأخذُه المؤمنُ يبتغي تأويلَه: وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ والرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنا وما يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُوا الْأَلْبابِ، وأن يرَوْا ذا علمِهم فيُضيِّعُوه، ولا يُبالونَ عليهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak bimbang terhadap umatku melainkan tiga perkara (kecacatan) iaitu; Diperbanyakkan harta kepada mereka lalu menyebabkan mereka saling hasad dengki lalu menyebabkan mereka saling membunuh, dan dibukakan Kitab untuk mereka, orang beriman mengambilnya kerana mahu mentakwilnya: {Dan tidak diketahui takwilannya melainkan Allah, dan orang-orang yang cerdik dalam ilmu mereka mengatakan: Kami beriman dengannya, semuanya datang daripada Allah dan tidaklah yang menyebutkannya melainkan orang-orang yang celik hatinya}, serta ditambahkan ilmu mereka, lalu mereka sia-siakannya dan tidak menghiraukannya.
Sahabat Perawi
- Abu Malik al-Ash‘ari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1371, hadis no. 6984. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Malik al-Ash‘ari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidak bimbang terhadap umatku melainkan tiga perkara (kecacatan) iaitu; Diperbanyakkan harta kepada mereka lalu menyebabkan mereka saling hasad dengki lalu menyebabkan mereka saling membunuh, dan dibukakan Kitab untuk mereka, orang beriman mengambilnya kerana mahu mentakwilnya: {Dan tidak diketahui takwilannya melainkan Allah, dan orang-orang yang cerdik dalam ilmu mereka mengatakan: Kami beriman dengannya, semuanya datang daripada Allah dan tidaklah yang menyebutkannya melainkan orang-orang yang celik hatinya}, serta ditambahkan ilmu mereka, lalu mereka sia-siakannya dan tidak menghiraukannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan juga dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5607]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman