Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak bermanfaat untuk berhati-hati daripada ketentuan

Teks Bahasa Arab

لا ينفعُ حَذَرٌ من قَدَرٍ، والدعاءُ ينفعُ ما لم ينزلِ القضاءُ، وإنَّ البلاءَ والدعاءَ ليلتقيانِ بينَ السماءِ والأرضِ فيعتلجانِ إلى يومِ القيامةِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak bermanfaat untuk berhati-hati dengan ketentuan (qadar). Dan berdoa adalah bermanfaat selama mana ketentuan (qadar) itu belum terjadi, dan sesungguhnya sesuatu bala dan doa itu bertembung di antara langit dan bumi, maka mereka berdua itu akan saling berlawanan antara satu sama lain hingga ke hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1604, hadis no. 8091. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((لا ينفع حذر من قدر، والدعاء ينفع مالم ينزل القضاء، وإن البلاء والدعاء ليلتقيان بين السماء والأرض، فيعتلجان إلى يوم القيامة)). [البزار، ((الضعيفة)) (6764)].

(Sangat Lemah) Daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ((Tidak bermanfaat untuk berhati-hati dengan ketentuan (qadar). Dan berdoa adalah bermanfaat selama mana ketentuan (qadar) itu belum terjadi, dan sesungguhnya sesuatu bala dan doa itu bertembung di antara langit dan bumi, maka mereka berdua itu akan saling berlawanan antara satu sama lain hingga ke hari kiamat.)) [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6764].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.