Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak berlakunya wabak dalam peperangan

Teks Bahasa Arab

لَا وَبَاءَ مَعَ السَّيْفِ، وَلَا نَجَاءَ مَعَ الجَرَادِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak berlakunya wabak dalam peperangan dan tidak akan selamat (suatu tanaman) dalam keadaan (diserang) belalang (yang banyak).

Sahabat Perawi

  1. al-Barra bin ‘Azib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1181, hadis no. 5986. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن البراء بن عازب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لا وباء مع السيف، ولا نجاء مع الجراد)). [ابن شاهين في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (4811)]

(Sangat Lemah) Daripada Barra bin ‘Azib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak berlakunya wabak dalam peperangan dan tidak akan selamat (suatu tanaman) dalam keadaan (diserang) belalang (yang banyak). [Riwayat Ibn Syahin dalam Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4811]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.