Tidak berkurang harta dengan sedekah

TEKS BAHASA ARAB

1- ما نقصت صدقة من مال قط. 2- وما ‌مد ‌عبد يده بصدقة إلا ألقيت في يد الله قبل أن تقع في بيد السائل. 3- ولا فتح عبد باب مسألة له عنها غنى؛ إلا فتح الله عليه باب فقر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

1- Tidak berkurang harta dengan sedekah. 2- Tidak ada hamba yang memberikan sedekah kecuali ia akan diletakkan di tangan Allah sebelum ia sampai kepada tangan peminta. 3- Seseorang hamba tidak membuka pintu meminta-minta sedangkan dia ada kekayaan melainkan Allah akan bukakan pintu kefakiran untuknya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 640, hadis nombor 3315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر الفقرة ٢) عن ابن عباس -رضي الله عنها-، قال: قال ﷺ: 1- ما نقصت صدقة من مال قط. 2- وما ‌مد ‌عبد يده بصدقة إلا ألقيت في يد الله قبل أن تقع في بيد السائل. 3- ولا فتح عبد باب مسألة له عنها غنى؛ إلا فتح الله عليه باب فقر. [طب، «الضعيفة» (6739)].

(Munkar dengan petikan kedua) Daripada Ibn Abbas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 1- Tidak berkurang harta dengan sedekah. 2- Tidak ada hamba yang memberikan sedekah kecuali ia akan diletakkan di tangan Allah sebelum ia sampai kepada tangan peminta. 3- Seseorang hamba tidak membuka pintu meminta-minta sedangkan dia ada kekayaan melainkan Allah akan bukakan pintu kefakiran untuknya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6739]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs