Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما نَقَصَتْ مالٌ من صدقةٍ قط، وما مَدُّ عبد يدَهُ بصَدَقَةٍ؛ إلَّا ألقيت في يد اللهُ قبل أن تقع في بيد السائل، ولا فتح عبدٌ بابَ مسألةٍ له عنها غنى؛ إلا فتح اللهُ عليه بابَ فقرٍ.
Teks Bahasa Melayu
1- Tidak berkurang harta dengan sedekah. 2- Tidak ada hamba yang memberikan sedekah kecuali ia akan diletakkan di tangan Allah sebelum ia sampai kepada tangan peminta. 3- Seseorang hamba tidak membuka pintu meminta-minta sedangkan dia ada kekayaan melainkan Allah akan bukakan pintu kefakiran untuknya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 640, hadis no. 3315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan petikan kedua) Daripada Ibn Abbas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 1- Tidak berkurang harta dengan sedekah. 2- Tidak ada hamba yang memberikan sedekah kecuali ia akan diletakkan di tangan Allah sebelum ia sampai kepada tangan peminta. 3- Seseorang hamba tidak membuka pintu meminta-minta sedangkan dia ada kekayaan melainkan Allah akan bukakan pintu kefakiran untuknya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6739]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman