Tidak berkumpul dalam diri seseorang lelaki debu di jalan Allah dan asap Jahanam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يجمع الله في جوف رجل غبارا في سبيل الله ‌ودخان ‌جهنم. ومن اغبرت قدماه في سبيل الله؛ حرم الله سائر جسده على النار. ومن صام يوما في سبيل الله؛ باعد الله عنه النار مسيرة ألف سنة للراكب المستعجل. ومن جرح جراحة في سبيل الله؛ ختم له بخاتم الشهداء؛ له نور يوم القيامة، لونها مثل لون الزعفران، وريحها مثل ريح المسك، يعرفه بها الأولون والآخرون، يقولون: فلان عليه طابع الشهداء. ومن قاتل في سبيل الله فواق ناقة؛ وجبت له الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak berkumpul dalam diri seseorang lelaki debu di jalan Allah dan asap Jahanam. Sesiapa yang berdebu kakinya di jalan Allah, Allah akan mengharamkan seluruh jasadnya dari neraka. Sesiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, Allah akan menjauhkan dia dari neraka sejarak 1000 tahun bagi orang yang menunggang yang mahu cepat. Sesiapa yang tercedera di jalan Allah, diberikan kepadanya pengakhiran para syuhada; baginya cahaya pada hari kiamat, warnanya seperti warna safron, baunya seperti bau kasturi, dikenali oleh orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian. Mereka berkata: Si polan ada tanda seorang syuhada. Sesiapa yang berperang di jalan Allah di atas unta, wajiblah baginya syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 670-671, hadis nombor 3458. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التمام) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((لا يجمع الله في جوف رجل غباراً في سبيل الله ‌ودخان ‌جهنم. ومن اغبرت قدماه في سبيل الله؛ حرم الله سائر جسده على النار. ومن صام يوماً في سبيل الله؛ باعد الله عنه النار مسيرة ألف سنة للراكب المستعجل. ومن جرح جراحة في سبيل الله؛ ختم له بخاتم الشهداء؛ له نور يوم القيامة، لونها مثل لون الزعفران، وريحها مثل ريح المسك، يعرفه بها الأولون والآخرون، يقولون: فلان عليه طابع الشهداء. ومن قاتل في سبيل الله فواق ناقة؛ وجبت له الجنة)). [حم، ((الضعيفة)) (4815)]

(Lemah secara keseluruhannya) Daripada Abū al-Dardā’ RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak berkumpul dalam diri seseorang lelaki debu di jalan Allah dan asap Jahanam. Sesiapa yang berdebu kakinya di jalan Allah, Allah akan mengharamkan seluruh jasadnya dari neraka. Sesiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, Allah akan menjauhkan dia dari neraka sejarak 1000 tahun bagi orang yang menunggang yang mahu cepat. Sesiapa yang tercedera di jalan Allah, diberikan kepadanya pengakhiran para syuhada; baginya cahaya pada hari kiamat, warnanya seperti warna safron, baunya seperti bau kasturi, dikenali oleh orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian. Mereka berkata: Si polan ada tanda seorang syuhada. Sesiapa yang berperang di jalan Allah di atas unta, wajiblah baginya syurga. [Riwayat Aḥmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4815]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.